AWANI Ringkas: COVID-19: Arahan kerja di rumah kekal | Politik Perak: Speaker DUN yakin kemelut selesai sebelum 16 Disember

2022-03-21 0

Arahan kerajaan untuk mewajibkan pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan untuk bekerja di rumah masih dikekalkan di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid menjelaskan penempohan atau penangguhan sementara persidangan sehingga Rabu depan kerana yakin kemelut politik yang berlaku dapat diselesaikan sebelum tarikh tersebut.